Saturday, September 29, 2012

Welcome back ceremony with kimbab recipe. 1st post in 2012!!

asalamualaikum sakura!!!
rindunya kat kau!! bersawang dah blog ni.. hahaha.. soryla ye sebab dah lama tak update kehidupan aku kat sini.. yela mana tak nya. aku busy dengan jadual belajar aku.. tp takpe. lepas ni mybe aku akan luangkan masa dengan kau sakura. haha. sebab aku dah pun tamat pengajian aku selama 3 tahun di IPTA kat melaka tu!! hahahah.. betapa seronoknya aku kau tau.. bahagia je rasa bila tak ada lagi tension kerana assignment. haha.

okey hari ni aku nk update satu benda. tadi ade sorg kawan aku ni minta resipi cara-cara nak buat sushi atau dalam bahasa korea kimbab. aku tanya la dia. kenapa tak cari je kat dalam internet kan. belambak kat situ. tp dia ckp takut bila tgk and dia buat then tak menjadi hasilnya. dia nak aku ajarkan dia. sebab aku ade pengalaman buat and dia pernah rasa. dia minta resipi ni pun sebab esok dia nak sambut birthday buah hati dia. hehe. jadi aku pon karangkan lah dia resipi ni berdasarkan memory yang ada dalam otak aku ni. haha. so kalau kau faham sakura apa yang aku ajar dia ni kau praktik kan lah ya.. buat kat rumah nanti okay.. hehe

Resipi Kimbab Turun Temurun Kim Sang Nuel Ahjumma~

Bahan2:
Nasi sumo (rm10)
Minyak bijan (botol kecik rm7)
Cuka (rm3)
Garam n Gula (kau ada kn kt uma)
Seaweed (rm7 utk satu paket)
Isi ketam (rm4)
Telur (rm4 utk 10biji )
Timun jepun (rm4)
Tikar sushi (rm5)


*anggaran ni aku ikut time aku beli dulu2. Telur tu aku agk je tau. Semua bajet ni aku anggarkan je ye. Aku just genapkan dia je.

Cara2 nk buat kimbab yana :

1. Masak nasik. Setelah masak, nasik tu biar sejuk sikit. Dalam 1 minit camtu. Jgn biar lama2. Nanti nasik susah nak melekit.

2. Lepas tu masukkan cuka, gula dan garam, minyak bijan.

3. Make sure gula dengan minyak bijan lebih sikit dari bahan lain. Garam tu letak sikit je. Tujuan letak garam sebab nak balance kan rasa dia je.

4. Gaul masa panas2 tu sebab nk bagi texture yg melekit. Senang nanti bila nk lekat dia kat seaweed. (nasik dah siap!) ketepikan nasik.

5. Sekarang nk buat lauk2 dia pulak.(lauk ni aku pilih sbb senang nk dpt n senang nk buat, tp ikut suka kau la nk bahan2 lain)

6. Mcm biasa je. Rebus je isi ketam tu. Telur tu kalau cara aku, aku ikut mcm org korea buat. Dia gulung.

7. Aku tak tau mcm mana nak explain kat kat cara nk gulung telur tu. So, aku suggest kau goring telur tu mcm telur dadar. Dalam 5biji. Tebal sikit. Guna kuali kecik. Kasi telur tebal n tak leper je.

8. Masa pukul telur tu jgn kuat sgt. Pukul telur pon jgn lama2. Nanti dia terlalu kembang. Lepas tu minyak kena sikit je. Dalam satu sudu.

9. Lepas telur dah siap kau potong memanjang ikut saiz seaweed.

10. Timun jepun pulak kau potong memanjang n tak tebal sgt. Timun tu kau jgn rebus pulak. Nanti tak rangup.

11. Kalau nk lagi rangup kau rendam timun tu kat dalam air ais. Tu tips aku. Hehe.

12. Lepas lauk2 dia siap, kau bentang tikar sushi tu. Pastu letak seaweed atas dia. Pastu letak nasik penuh2 kat seaweed tu.ratakan nasik tu seluruh bahagian seaweed. Tp nasik jgn letak tebal2. Nanti nak gulung payah.

13. Lepas tu letak lauk2 tu kat ats nasik. Letak lauk tu jgn tengah sgt. Tepi sikit. Nanti senang nak gulung. Kau paham kan? Part ni susah sikit aku nk explain. Kau agk2 jela.. hehe.

14. Pastu kau gulung lah. Then kau sapu sikit je minyak bijan kat kimbab tu. Kasi nmpk bekilat n senang n potong nanti. Okay? Hehe. Harap2 kau faham lah ye.

*panjang aku cerita. Kan best kalau report aku mcm ni. Hahahaha.

No comments:

Post a Comment